Sunday, 15 January 2017

ADA APA DENGAN 2017 ?

assalamualaikum..

salam 2017 !!

macam mana dengan kehidupan anda pada tahun 2017 ini ?

mesti ada yang dah tercapai hajatnya..

dan ada juga yang tak berubah kan..?

dari dulu sampai sekarang sama je..

kalau berubah pun sikit-sikit je kan..?

samalah kita.. kita geng..  hehe

tak perlu nak buat azam tahun baru sangat 
kalau kita tak berusaha untuk mencapai apa yang kita azamkan tu..! 
(peringatan untuk diri sendiri juga..)

sabar.. ada masa nanti tercapailah tu.. amin!

apa yang penting..? sabar dan terus berusaha....ye! :)

ADA APA DENGAN 2017?

pada saya, saya telah mendapat sesuatu..

apakah sesuatu itu..?

entah la.. tak dapat nak pastikan sama ada 
REZEKI TERPIJAK atau DURIAN RUNTUH..

kenapa..?????

alhamdulillah.. 

kenapa !!!

saya dah dapat kerja baru yang mungkin lebih baik dari sebelum ni..mungkin..

sebelum ni, habis je diploma, saya telah diterima bekerja sebagai front office di salah sebuah hotel di Melaka tanah airku yang tercinta.. ecewahhh :P
to be continue..

tanpa pengalaman dalam perhotelan.. 

tapi masa belajar Diploma in Tourism Management di Politeknik Merlimau Melaka dulu pernah la belajar apa-apa yang berkaitan dengan pelancongan..

so hati ini memang tergerak nak mencuba bidang perhotelan pula memandangkan dah pernah merasa bekerja di travel agent masa Latihan Industri dulu..

tak salah mencuba dan jangan takut untuk mencuba okay.. :D

okokok.. sambung cerita tadi.. 
haish.. membebel je dia ni tau.. tau la dah lama tak update blog.. huhuhu

..continue..
dalam lebih kurang sebulan lebih kemudian..
iaitu pada 1 JANUARI 2017 pada jam 1.33 pm, wah!
saya telah mendapat satu "friend request" di facebook dan..

AKAN BERSAMBUNG..............! 

3:)


Sunday, 25 December 2016

[[[[[ KEMUNCULAN SEMULA ]]]]]

HOLA GAIS!

APA KHABAR?

RINDU SAYA TAK?

MAAFLAH.. BZ DENGAN STUDY DAN TERLUPA PASSWORD SEBENARNYA!

IT'S OKAY.. NANTI ADA MASA SAYA AKAN UPDATE LAGI YE ?

BUAT MASA SEKARANG NI SIBUK SIKIT DENGAN KERJA..

KERJA APA ..? HAAAAAAA.. TUNGGU POST SETERUSNYA... HEHE

ADA NAK BUAT PENAMBAHBAIKAN SIKIT DALAM BLOG NI..

SO...... TUNGGU...........!!!! :*

Thursday, 27 November 2014

[[[ WAKTU AKU.. ]]]

menghitung saat ..
tiap detik yang bergerak ..
laju ..
tak terkejar aku ...
akan ku gunakan waktu yang bakal ku temu dengan sehabis baik tanpa jemu .. lesu .. dan kaku ..
dengan adanya ilmu .. serta restu ..
aku tahu .. aku cuma aku .. bukan kamu ....

Wednesday, 1 January 2014

[[[ BUKU 2014 ]]]

selamat pagi !!
selamat tahun baru 2014 !!
selamat membuka buku baru dan menutup buku lama !!
selamat menjalani cabaran yang makin mencabar setiap tahun !!

selamat !! selamat !! selamat !!
selamat datang kepada blog yang agak biasa ni ..
maaflah saya sibuk dengan pelajaran yang baru sahaja bermula ..
diploma pengurusan pelancongan ..
politeknik merlimau melaka ..
kelas DUP 1A ..
dalam kelas ada 45 orang pelajar ..
pelajar terdiri daripada pelajar lepasan KOLEJ KOMUNITI dan SPM ..

berbalik kepada tajuk utama kita ..
suka saya ingin mengingatkan bahawa ..
sesungguhnya saya sebagai manusia biasa yang sangat lemah ..
dan rendah diri ingin memaafkan semua ummah yang pernah mengenali diri ini ..
diharapkan juga ummah yang berada di luar sana juga sebegitu ..
memaafkan saya dan saya memaafkan anda ..

hmmmm .. FYI, ini pertama kali saya menyambut TAHUN BARU di dalam ....
ASRAMA !! hahaha .. percaya atau tidak bolos saja dinding itu .. 
just kidding .. jangan marah2 .. blurrr blurrr ..
sekarang tengah dengar lagu dari westlife sambil buat assignment ..

sampai di sini sahaja .. jumpa lagi pada post akan datang ..

Thursday, 14 November 2013

[[[ SEKIAN TERIMA KASIH ]]]



kenapakah ??

sebab harini last day aku kerja kat siber cafe ni ..

genaplah sudah 2 bulan ..

pejam celik dah nak masuk poli ..


bye bye siber cafe ..

nanti cuti sem kalau free kita jumpa lagi .. 

kerja sekejap .. hahaha

apapun selepas ni nak ..


sebab aku yakin dan aku akan cuba lakukan sehabis baik ..


selepas ini,

24 hb, bermulalah hidup sebagai seorang pelajar ..

di Politeknik Merlimau, Melaka ..

Diploma Pengurusan Pelancongan ..

walaupun umur dah 22 tahun baru nak sambung diploma ..

aku anggap ini semua sebagai dugaan dan cabaran untuk menjadikan aku lebih berjaya ..

in sha allah .. amin .. 

wish me luck !!



SEKIAN, TERIMA KASIH !!



Tuesday, 5 November 2013

[[[ ALHAMDULILLAH ]]]


itulah ayat pertama keluar dari mulut aku ..


setelah mendapat tahu keputusan ini ..


aku tersenyum selepas melihat keputusan ini ..


so lepas ni just ..


dan setkan ini ..





SEKIAN, TERIMA KASIH !!






Sunday, 3 November 2013

[[[ PHOTOGRAPHER, ANDA DIPERHATIKAN !! ]]]

anda photographer ??

anda gemar mengambil gambar di sini sana ??


anda gilakan kamera sehingga mengambil gambar tak kira di mana jua ??

anda terlalu taksub bergambar ??

sila LIHAT SINI untuk keterangan lanjut ..



P/S: HATI-HATI WALAU DIMANA SAHAJA BERADA !!



SEKIAN, TERIMA KASIH !



[[[ RATUKU TERSINGKIR ]]]

ni hao !!
maksudnya adalah "apa khabar" ..
yup yup yup ..
ok semalam aku tertengok Ratu Rania di Astro Prima ..


boleh pula tertengok kan ??
rupa-rupanya salah seorang peserta RR ini nama dia sama dengan aku ..
ini dia ..

Ezanoni Hadjeli - 32 Tahun - Sarawak

agak-agak orang yang atas ni sama juga tak macam yang ni ??

Ezza Johari - 22 - Melaka

hahaha !! poyo sekejap ..
tetapi malangnya dia telah pun disingkirkan semalam ..
hmm it's ok kak Eza, ada je rezeki anda di luar sana ..
apapun good luck untuk anda dan diri saya sendiri .. 



P/S : jangan pandang aku sebelah mata !! :P




SEKIAN, TERIMA KASIH ! :p


Tuesday, 29 October 2013

[[[ TAHAP PENDIDIKAN ARTIS VS AKU ]]]

assalamualaikum ..
wow .. tajuk yang agak hebat ..
tak sabar aku nak memulakan bicara .. hehe

seperti anda juga yang sedang membaca entri ini, 
mempunyai tahap pendidikan yang tertentu ..
begitu juga dengan aku ..

aku memulakan alam persekolahan dengan sekolah jenis kebangsaan cina ..
namun berpindah ke sekolah melayu sewaktu darjah lima sehinggalah STPM ..
kemudian, aku hampir sahaja menjadi penuntut di ASWARA ..
tetapi tidak kesampaian disebabkan beberapa masalah.. 
seterusnya, aku masuk KOLEJ KOMUNITI ..
meneruskan pengajian dalam bidang pengendalian pelancongan ..
dan kini aku seorang pemandu pelancong berlesen ..
insyallah 4 November ini, keputusan POLITEKNIK 
untuk lepasan KOLEJ KOMUNITI akan keluar ..
kalau diizinkanNya, aku akan meneruskan pengajianku ..
Diploma Pengurusan Pelancongan ..
doakan kejayaanku ye semua ? :D

berbalik kepada tajuk entri ni, 
aku mendapat tahu bahawa artis kita,
iaitu Zizan Razak ada Diploma Seni Kulinari ??
benar atau palsu tidak ketahuan hingga kini ..
aku dapat tahu pun masa tengok video lagu ni ..


dan ada satu komen tu yang memberitahu tentang tahap pendidikan zizan ..
check this out ..


WOW !! betul ke ??
(soalan yang bermain dalam benak aku)

inginkan kebenarannya ??
sila hubungi ZIZAN RAZAK sendiri ..



P/S: tak salah kalau kita mulakan sesuatu dari bawah .. kerana ia mungkin akan mencorakkan sesuatu yang diluar kotak pemikiran kita .. :D contohnya adalah aku, STPM tak berapa baik .. dapat masuk ASWARA, tapi terpaksa batalkan disebabkan hal-hal tertentu .. jadi aku masuk KOLEJ KOMUNITI .. amik SIJIL .. walaupun kalau hakikat SEBENAR, lepasan STPM boleh terus amik IJAZAH ..:) semua ini cubaan .. jadi .. senyum dan tabahlah menghadapinya ..


SEKIAN, TERIMA KASIH !! 
:D


Monday, 28 October 2013

[[[ MANDARIN BAHASA UTAMA DUNIA ]]]

assalamualaikum ..
pastinya anda tertanya-tanya apakah bahasa utama dunia kan ??
jadi di sini saya ingin buktikan bahawasanya,
bahasa MANDARIN adalah bahasa yang paling diminati di dunia malah
 berada di tangga teratas selepas bahasa INGGERIS !!

check this out ..
perbualan antara saya dan kawan dari Afrika Selatan ..
Moipone Lelibane .. seorang engineer ..

sila klik gambar untuk besarkan ..

maaflah .. bahasa inggeris saya terabur sikit ..
maklumlah .. saya ni peminat setia bahasa MANDARIN ..
sebab itulah bahasa INGGERIS saya entah ke mana ..
hahahahahahaha :D

selain itu juga, 
anda boleh baca maklumat di bawah ini ..

1.     Bahasa Mandarin
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x projectBahasa Mandarin adalah dialek Bahasa Tionghoa yang dituturkan di sepanjang utara dan barat daya Republik Rakyat Cina. Perkataan "Mandarin", dalam bahasa Inggeris (dan mungkin juga Indonesia), digunakan untuk menterjemahkan beberapa istilah Cina yang berbeza yang merujuk kepada kategori-kategori bahasa Cina secara lisannya.


2.     Bahasa Inggeris
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

3.     Bahasa Hindi
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

4.     Bahasa Sepanyol
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

5.     Bahasa Rusia
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

6.     Bahasa Arab
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

7.     Bahasa Bengali
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

8.     Bahasa Portugis
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

9.     Bahasa Indonesia
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

10.   Bahasa Perancis
10 Bahasa Yang Paling Banyak Digunakan Di Dunia Tahun 2013 - un1x project

Kesimpulannya, belajarlah bahasa asing yang lain selain daripada bahasa ibunda anda sendiri 
ianya adalah untuk kepentingan masa hadapan kelak ..



SEKIAN, TERIMA KASIH !