Thursday, 20 December 2012

][][][][][][ AJARI AKU ][][][][][][

ajari aku melihat dunia hingga ke akhirnya ...
Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu

ajari aku tabah menghadapi liku-liku kehidupan abadi...


P/S: terima kasih diucapkan kepada semua, family, friends and sesiapa sahaja . . kerana telah bersama-sama sayang menghadapi dunia yang penuh dengan rintangan ini . .love you all . . :D

Sunday, 16 December 2012

][][][][][][ KEZUTAN DAY ][][][][][][

   
kezutan day??
ye!! kezutan day buat Nurul Hidayah Rashid
pada 15 Disember 2012 bersamaan dengan sabtu,
sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-21 tahun!


untuk menjayakannya.....
sesi lakonan bermula pada jam 10.30 am, dimana aku keluar rumah untuk mengambilnya..
lakonan diteruskan lagi apabila aku mengadu lapar dan ajak makan di MCD..
di sana aku memilihkan tempat yang paling strategik untuk kemuncak lakonan kami..
iaitu disebuah tempat yang jauh tersorok..

si tuan puteri memesan bubur mcd, dan aku pula set 9 ketul nuget..
selepas menghantar makanan ke meja, si tuan puteri mahu black paper katanya..
dengan senyuman aku melayannya, aku pergi ke tempat yang disediakan 
lalu aku mengambil seperti apa yang diminta..

aku tidak terus pergi kepadanya,
sebaliknya aku ke kaunter luar untuk membeli askrim..
kupesan dua aiskrim mcd..
satu untukku dan satu untuk si tuan puteri..
baru beberapa suap kami menjamah aiskrim,
datang la seorang salewomen..
jual buku-buku..

kami melayan dengan paksa-rela..
akhirnya dia mengalah setelah penat mempromote barangnya..
apapun si tuan puteri tetap terhibur.. 
tiba-tiba, telefonku berbunyi..
keluarlah lagu abang superman malaysia, Faizal Tahir.. :P
ANTIGRAVITI!
aku meminta izin untuk beredar sebentar kononnya ingin berjumpa dengan kawanku..
si tuan puteri sempat memesan air mineral untuknya.. aku iyekan aja.. hahaha!!

siapa yang call aku tadi..?
si pemanggil adalah dalang yang kedua..
iaitu Mira and Tina.. haha.. siap ada 3 orang lain lagi ..
iaitu kakak, dan adik-adik Mira.. :)
meramaikan majlis.. apa salahnya kan..

kami masuk dengan perlahan, si tuan puteri tidak perasan pada mulanya..
apabila terlihat sahaja kelibat kami, dia buat muka terkejut.. tapi disimpan sedikit dalam hati..
lepas tu tak pasal-pasal, kaki aku jadi mangsa tendangannya!!
apa ni ?? so nakal la si tuan puteri ni..
dah la senyum sampai ke tengkuk! :P
apapun selamat menyambut hari kedewasaan buddy..!

Si tuan puteri adalah yang bertudung kuning..

thanks kepada Mira kerana menyumbangkan cheese tart.. :P
bukan sahaja si tuan puteri sahaja dapat hadiah, tapi Mira pun dapat..
sorry lambat bagi.. haha.. buzy la katakan..

lepas makan, kami sebulat suara untuk karaoke..
karok 2 jam kasi tekak pecah..
then balik..
akhirnya, si tuan puteri, happy.. dan
tak sabar nak sambung makan cheese tartnya dan membuka hadiah pemberianku..



SEKIAN, TERIMA KASIH! :D







][][][][][][ FIRST JOB ][][][][][][

pada hari sabtu yang lepas (8/12/2012)
saya telah menerima FIRST JOB sebagai seorang tour guide
apakah kerjanya? kerjanya adalah membuat transfer..
iaitu.. mengambil pelancong di 2ndlink dan bawa ke sebuah destinasi popular masa kini..
ianya merupakan sebuah taman tema yang baru dibuka di Nusajaya,Johor..
iaitu..


ye! LEGOLAND MALAYSIA!!
ini bukan gambar tipu.. ini benar-benar..
jika ada diantara anda tidak percaya, sila lihat ini pula..


siapa ni??
disebelah kiri adalah rakan setugas saya, TG Farahdila
disebelah kanannya adalah saya, TG Ezza..
kami budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan.. :)

dibelakang kami itu ada entrance untuk ke dalam legoland
kat situ ada banyak kaunter tiket termasuklah kaunter untuk travel & tours
di kaunter tersebut, cuma serahkan name list and pamerkan badge anda,
mereka akan berikan tiket masuk dan selamat berhibur didalamnya!

tapi bagi kami (TG), ianya adalah RAHSIA.. :)
baiklah, kepada sesiapa yang berminat, 
jom ramai-ramai serang Legoland yang pertama di Asia dan keenam di dunia ini!!

jumpa di sana!!!!!
:D



Wednesday, 12 December 2012

][][][][][][ 12 DISEMBER 2012 ][][][][][][



12 - 12 - 2012

cantik sungguh angka ini bukan?
banyak kenangan yang telah kita kutip bermula dari kita membuka mata..

suka duka pahit manis baik buruk tinggi rendah.. semuanya!

namun malangnya kita takkan jumpa angka yang sama seperti ini lagi ..

tidak akan sama sekali..!
jadi.. muhasabah diri kita.. berubah ke arah yang lebih baik..

tidak lupa juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan ..

supaya kelak kita akan gembira sentasa damai hingga akhirnya ..


demi masa .. sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..

kamu akan kerugian sekiranya kami tidak memanfaatkan masa yang telah dipinjamkan kepada kamu..

setiap kali kamu tidak mengejar masa, masa yang akan memancung kamu..

kerana masa adalah ibarat sebilah pedang, yang tajam .. 

kejarlah masa.. jangan biarkan masa mengejar anda..

jika sesuatu kejadian itu berlaku, sama ada kita suka atau tidak ..

ianya takkan boleh berulang kembali..

nikmatilah selagi diberi kesempatan untuk melihat bumi allah yang indah ini..

kerana, kita hanya seorang pedagang yang akan singgah ke destinasi terakhir dan berehat untuk selamanya..



SEKIAN.

Tuesday, 11 December 2012

][][][][][][ PERTAMA KALI AKU ... ][][][][][][


..Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu..
..Walaupun baru kita bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta..

Pertama kali ku dengar suaramu?
ye .. pertama kali aku melihat suasana di 2ndlink..
a.k.a Sultan Abu Bakar CIQ Complex..
di situ aku mempelajari bagaimana untuk menyambut tetamu yang datang ke Malaysia
di situ aku lihat suasana sebenar keluar masuk pelancong
dari Singapura ke Malaysia dan sebaliknya..


Sayunya hatiku merindui dirimu?
ye .. sayunya hatiku ini tatkala semangat aku tidak sekuat dulu..
semangat untuk menjadi seorang tour guide yang berjaya..
yang aku impikan sejak mula mengenal apa itu dunia..

Walaupun baru kita bersua muka?
ye .. walaupun baru je beberapa ketika aku menjadi tour guide..
dan walaupun aku baru je menyelam ke dalam dunia seorang tour guide..
aku akan cuba sehabis baik untuk menuju kearah sinar kegemilangaan itu..


Namun aku telah jatuh cinta?
ye .. hendak tak hendak, pelbagai rintangan harus aku hadapi..
untuk bergelar seorang tour guide yang lebih tabah dan cemerlang..
kerana aku telah jatuh cinta dalam dunia guiding ini.. <3

P/S: doakan aku dalam cita-citaku ini ye teman-teman? terima kasih! :)



Saturday, 27 October 2012

][][][][][][ SELAMAT HARI ... ][][][][][][

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
KEPADA ANDA SEMUA . . .  . !

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN 
:D :D :D :D :D






][][][][][][ BENGKEL KEUSAHAWANAN ][][][][][][

bengkel?
what is bengkel?
i tak suka bengkel terutama sekali bengkel keusahawanan ..
bengkel ni berlangsung pada 23 - 24 Oktober 2012 ..
sorry lambat update .. bz la ...
tapi nak buat macam mana ..
dah kolej aku punya program ..
follow je la kan ..

mula-mula rasa macam kurang best 
sebab bengkel yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Hotel Pantai Puteri je ..
what? pantai puteri ? awat dekat sangat dengan rumah aku ? ?
kalau nak balik 5 minit pun dah sampai kalau naik kenderaan la ..hahahha
ehhhhh... sambung balik .. 
mula-mula rasa macam kurang best sebab ramai kawan tak dapat join ..
sebab semua ada masalah dan hal mereka masing-masing..
so malam tu redha je la .. 
tiba-tiba dapat berita gembira sebab mereka dapat join ..
suka sangat .. sekurang-kurangnya aku tak la kebosanan  .. yehaaa !

hari pertama!
pada permulaannya ok .. tapi so bosan tapi ok lah .. sebab penceramah tu LOYAR BURUK
asyik gelak dan cakap besar je kerjanya ..
lepas tu, pengarah program kata kunci bilik ambil pukul 2 ..
what ?? wah! berapa lama harus kami tunggu ??
masa tengah lunch, ada budak dah ambil kunci bilik ..
kami pun follow .. tapi ni kita-kita je tahu .. haha
nak masuk bilik je .. letak barang .. golek-golek .. bukan nak curi barang dalam bilik tu kan ?
kesian bagi kawan-kawan aku yang tak dapat bilik lagi masa tu .. hahaha
sampai je kaunter, what? tak sama bilik dengan nap dan fera??
apa boleh buat .. ambil je kunci bilik sebab aku dengan budak lain ..
then bila dah dapat kunci, baru nak melangkah ke lif cik abang kat kaunter hotel bagi aku kunci lain ..
"ni bilik untuk 3 orang", katanya..
masa tu.. wow .. aku sorang tidur bilik untuk 3 orang ?? POWER !!!
then, setelah melawat ke bilik fera dan nap, aku melawat bilik aku yang bernombor 515..
wow! manyak syiokkkkkk.. lepas berfikir dan berbincang .. akhirnya nap dan fera pindah masuk bilik aku ..
so bilik mereka, diserahkan kepada kawan yang lain ..
petang .. kami lepak kat kolam kat belakang hotel .. mandi kolam la .. aku tak mandi pun .. then lepak pantai  .. balik... mandi..
malam .. huh! sangat menggilakan .. sebab dia bahagikan group .. then,
bermulalah aktiviti berkumpulan .. fikirkan satu produk, dan macam mana nak pasarkannya ..
siap dengan kira-kira bagai .. semuanya .. pening kepala otak aku dengan nombor dan perancangan bla bla 
malamnya tidur lambat .. mengantuk .. dan .. terlajak keesokannya .. hahahahhaa!!

hari kedua!
senaman pagi dibatalkan .. hahahahaha ..
lepas tu sambung kerja semalam dan bentangkan .. 
nak tahu group aku produk apa?
tak payah cite sini la .. buat perut gatal je .. hahahahah
selesai perbentangan, kami dikehendaki menjual barangan, antara barangan tersebut adalah cencalok, inang-inang dan kuaih cakar ayam.. hahaha .. kelakar !!!
macam-macam perangai .. aktiviti perniagaan la katakan .. group aku sempat bermain di taman permainan kat pantai tu tahu ???? hahahha  TERBAIK...
akhirnya, group aku mendapat keuntungan RM9.30 .. paling banyak tu ..
paling kesian group yang hanya dapat keuntungan sebanyak RM0.90 je ?? hahahah
selesai, penyampaian hadiah kepada group yang TERBAIK..
balik bilik, kemas barang, lunch, check-out............

kesimpulannya, ok la sebab dapat kawan baru, ilmu dan sebagainya ..
P/S: boring la entri ni .. bagus .. sendiri tulis sendiri boring .. :P



SEKIAN, TERIMA KASIH! 




Monday, 15 October 2012

][][][][][][ KL DAY TOUR TRIP ][][][][][][

oh tidak ..
 penat penat penat !! 
sungguh ku penatttttt ..
hari ni day tour ke KL ..
kami bertolak lambat pagi ni kerana hujan ..
kemudian kami sampai ke KL hampir pukul 12 tengah hari ..
tempat pertama yang kami lawati adalah :
MATIC
Muzium Negara
Tugu Negara
Masjid Negara
Dataran Merdeka

dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya di sepanjang laluan-laluan ini ..
khamis ni ada trip lagi ..
ke Batu Caves dan Taman Botanikal Putrajaya kalau tak silap .. :D

sekarang .. wa mau mandi .. lepas tu tidurrrrrrrrrrr .. bye !



SEKIAN, TERIMA KASIH!

Friday, 12 October 2012

][][][][][][ TRIP PERTAMA SEBAGAI TG ][][][][][][

Pada hari khamis yang lepas iaitu semalam, bersamaan dengan 11 Oktober 2012, aku sebagai ketua lawatan bersama seorang lagi kawan sekelas aku telah berganding bahu menguruskan lawatan kelas aku. Lawatan kelas kami iaitu kelas On-Site Guide telah bergabung sekali dengan kelas City Guide untuk trip ke Royal Selangor Pewter dan Aquaria KLCC.

Pada hari tersebut aku dengan secara rasminya telah merasmikan blue badge aku dan membawa kawan-kawan kolej sepanjang trip ini. Nasib baik ada seseorang yang tunjukkan jalan masa nak pergi Royal Selangor Pewter tu. Almaklumlah.. saya ni budak baru belajar.. masih dalam proses belajar.. apapun sangat la best melawat ke Royal Selangor Pewter ni.. rasa macam nak kerja kat situ je.. bukan buat barangan pewter dia tu.. tapi jadi In-House Guide dia.. hahahaha..

Kemudian, kami lunch di Kampung Baru. sebuah restoran minang. boleh tahan la rasanya. lepas makan, ada seorang awek ni datang usha aku.. hahahah. nama dia Dayah Kim...! jyeah.. anak melayu celop korea.. hahaha.. budak ni belajar kat UNIKL.. so dekat je dengan restoran yang kami singgah tu .. kami berborak sebentar sebelum aku meneruskan trip yang seterusnya..

Lepas tu, masa nak ke Aquaria pula, nak kata sesat tu tak la.. cuma ingat-ingat lupa jalan nak ke sana.. bila dah sampai KLCC, kami masuk dalam tu.. jalan punya jalan, was-was rasanya hati.. tanya orang.. lepas tu kami pun sampai ke Aquaria.. di sana kami dengan rasa teruja dan kanak-kanaknya tengok ikan.. hahahah.. paling best masa berada dalam terowong dia.. ada ikan pari besarrrrr.. tapi sebenarnya saiz sebenarnya adalah 30% lebih kecil.. huhu..

Lawatan tamat.. bertolak pulang ke Melaka dalam pukul 6.15 petang.. sepanjang perjalanan, langit gelap dan mendung.. dan hujan pun turun.. sejukkkk tidak terkata.. kami singgah di RnR Seremban untuk mencekik dan solat sebelum meneruskan perjalanan.. dan sepanjang perjalanan balik itu, kami temui 2 kemalangan.. patut la jammed.. sampai kolej lebih kurang pukul 8 lebih..balik mandi.. sleep ...zZzZzZzZ!! ponat! letih!



SEKIAN, TERIMA KASIH! 

][][][][][][ ANAK BUAH BARU ][][][][][][

HARAP MAAF..

hehe.. sebenarnya aku bukannya dapat anak buah baru pun.. tapi aku dapat sepupu baru.. mana nak datangnya anak buah.. aku kan anak sulung.. adik-beradik aku sekolah lagi.. dan yang pasti aku pun belum berkahwin..so mana datang istilah anak buah tu?? tuntasnya.. lupakan pasal tajuk post ni.. saja je nak buat gimik..huhu.. maklumlah.. cucu sulung la katakan.. aku cucu sulung belah family mak aku.. so, sebenarnya sepupu baru aku ni dia telah dilahirkan dan telah mula melihat dunia pada selasa lepas iaitu bersamaan dengan 9 Oktober 2012.. dia keluar awal sehari.. haha.. bagus.. muka dia pun cute macam muka aku.. tapi masa kecil-kecil la.. tapi muka aku lagi teruk kot? Dah la gelap.. kurus.. kecil.. macam tak cukup isi je.. macam alien pun ada! sebab mata besar.. hahahah.. maklumlah saya ni tak cukup bulan..

ok ok ok.. nampaknya cerita aku dah tersasar jauh.. korang mesti nak tengok muka anak buah aku kan? ops silap.. sepupu baru aku? nama dua Nur Lufhia Binti Baharun.. gambar? tak perlu la kot.. kalau nak tengok datang jumpa aku.. hahahaha.. nak tengok gambar aku masa bayi?? laaaaagiiiii la tak perlu.. haha.. sebab memang tak ada rupa aku langsung! dan aku tak tahu pun itu gambar aku masa kecil.. then bila aku pusing gambar tu, kat belakang tu ada tertulis nama aku.. what? oh tidak.. tetapi malangnya gambar tu ada pada mak cik aku.. haha.. mak aku tak simpan pun.. cuma gambar time dah besar sikit ada lah.. nak tengok?? mari-mari datang rumah.. :D




SEKIAN, TERIMA KASIH!

Sunday, 7 October 2012

][][][][][][ WE ARE NEW TOURIST GUIDE ][][][][][][

Assalamualaikum, selamat malam dan salam 1Malaysia!
seperti yang telah dijanjikan..
saya akan mempersembahkan beberapa keping gambar..
gambar apa?
malas la nak cakap panjang..
tengok sendiri..

maaf ye.. no ic dan no lesen terpaksa ditutup untuk keselamatan
"P" itu adalah PERCUBAAN untuk kami..
macam lesen kereta.. lepas dua tahun baru hilang P tu.. :)

huhuhhh


saya diapit oleh TG Christine dan TG Hanny

bersama nature guide a.k.a pengurus kami..hehehe Fairus namanya..
tamak betul budak yang tengah tu. sampai dua badgenya!
sebenarnya kami berlima.. tetapi kawan saya Fera tidak dapat hadirkan diri kerana latihan kayak di Sungai Melaka. Manakala, Ewin pula tidak dapat hadir kerana ada kerja yang harus dilakukan.. maka dengan itu hanya kami bertiga sahaja yang ada iaitu saya, Hanny dan Christine telah ditemani oleh Fairus..

akan datang,  kemungkinan saya akan mempersembahkan gambar-gambar2 kami yang lebih menarik..
insyallah jika diizinkan..



SEKIAN, TERIMA KASIH!




Friday, 5 October 2012

][][][][][][ TOUR GUIDE BARU ][][][][][][

Assalamualaikum, selamat malam dan salam 1Malaysia. Saya Ezza Johari selaku pemandu pelancong anda sepanjang seumur hidup anda membaca blog saya ini. Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Di sini saya ingin mengingatkan anda bahawa alamat blog saya adalah nozajo.blogspot.com. Saya ulangi sekali lagi, nozajo.blogspot.com. Sila save  alamat blog saya difikiran anda supaya anda tidak lupa untuk melawat blog saya. Sukacita saya ingin memperkenalkan anda kepada pembaca blog saya pada hari ini iaitu adalah En/Pn/Cik anda yang sedang membaca. Sila berikan tepukan kepada diri anda sendiri. Terima kasih!

Sebelum saya memulakan bicara selanjutnya, saya ingin bertanya, adakah anda sudah mempunyai banyak masa untuk melayan post-post di blog saya? Adakah anda sudah membayar bil internet anda supaya perjalanan anda untuk meneroka blog saya berjalan dengan lancar dan pantas? Jikalau sudah semuanya sila tepuk tangan anda pada meja untuk memastikan bahawa anda sudah betul-betul bersedia membaca hari ini. Baiklah, tanpa membuang masa, saya ingin menceritakan apa yang telah berlaku pada saya hari ini.

Pada hari ini iaitu pada jam 10.45 pagi, saya dan mak saya telah bergerak dari rumah untuk menjemput rakan saya iaitu Hanny di Melaka Sentral (MC). Sebelum ke sana, kami telah menjemput pengurus kami iaitu En. Fairus yang juga merupakan Nature Guide aka student di kolej saya.Tujuan utama kami adalah untuk mengambil blue badge City Guide kami. Setelah makan tengah hari kami bergerak ke Mahkota Parade (MP) sementara menunggu pejabat di Kementerian Pelancongan Malaysia di Ayer Keroh, Melaka buka semula selepas berehat untuk makan tengah hari dan solat jumaat, kami telah menghabiskan masa selama sejam ke tempat yang diminati ramai iaitu pusat karaoke. Di sana kami melepaskan semua perasaan yang terbuku di minda kami kala itu.

Seterusnya, kami bergegas ke kementerian dan menyelesaikan urusan yang perlu. Di sana kami bertemu dengan seorang lagi kawan kami iaitu Christine. Beberapa minit berlalu. Tiba giliran saya, dan akhirnya saya memegang sampul surat yang besar dan terisi pelbagai barang penting termasuk badge saya! Alangkah terharunya hatiku kala itu kerana telah berjaya menggengam sebuah blue badge! Tatkala itu hancurlah sudah semua cemuhan, rintangan, kemarahan, pandangan rendah, kebencian dan pelbagai lagi perasaan yang kononnya bakal melemahkan saya! Hal ini adalah kerana saya telah berjaya membuktikan bahawa saya telah BERJAYA! Walau bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu gembira dan berpuas hati kerana perjalanan yang harus saya tempuhi masih panjang. Selesai semuanya. Maka kami telah bergelar Tour Guide (TG) secara rasmi! Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan tunjuk ajar selama ini. We love u all!

Akhir sekali, saya akan upload blue badge saya itu pada post akan datang. TQ!

P/S: Tahniah diucapkan kepada TG Hanny, TG Fera, TG Christine, TG Ewin dan TG2 yang lainnya! Sama-samalah kita menuju tangga kejayaan!



SEKIAN, TERIMA KASIH!

Saturday, 8 September 2012

][][][][][][ PERSEDIAAN KOMENTAR ][][][][][][

wah!! lamanya aku tak update blog!
macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku
biasalah.. pelajar kan? haruslah sibuk..
sekarang aku tengah sibuk untuk satu program besar kolej aku..
Program Jelajah Merdeka..
tugas aku dan kawan-kawan kolej yang lain adalah
menjadi Pemandu Pelancong (Tour Guide)
kepada pelajar IPT yang terlibat
tempat-tempat yang telah ditugaskan untuk aku adalah,
Bukit Cina, Perigi Hang Li Po,
manakala rakan setugas aku akan ambil tentang Bukit Senjuang dan Perkampungan Portugis
tak sabar rasanya nak menghadapi hari tersebut
so 14 - 16 September adalah merupakan hari besar bagi aku dan budak-budak kolej aku..
semoga segala perjalanan dan aktiviti dapat berjalan dengan lancar..

P/S: Semoga berjaya kepada kawan-kawan aku yang terlibat.. harap korang dapat buat yang terbaik.. kuatkan semangat dan berkeyakinan tinggi. malahan jangan lupa penuhkan ilmu tentang melaka dan tempat lawatan kita nanti di dada! cayokk! :D



Sekian, Terima Kasih!

Sunday, 29 July 2012

][][][][][][ SIASATAN ][][][][][][

maaf
kerana, tak dapat update entri dalam beberapa hari yang lepas,
hal ini adalah kerana
aku sibuk membuat siasatan
berkaitan apakah itu?
berkaitan asal usul atau salasilah keturunan family abah aku..
saja..tambah ilmu tentang apa yang telah berlaku zaman dahulu..
aku telah berjaya melakukan siasatan ini bersama seorang lagi rakan aku
iaitu, Prof. Dayah Kim! (sila berikan tepukan kepada beliau)
tapi malangnya,
siasatan kami untuk lebih mendalam tentang 
asal usul kampung lama abah aku tergendala 
kerana
maaf, tidak dapat diberitahu..
please try later!
kahkahkah!

tuntasnya, 
aku dan Prof DK akan berusaha semampu boleh
untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang.........(biarlah rahsia)



SEKIAN, TERIMA KASIH!


Sunday, 22 July 2012

][][][][][][ PUASA 2 ][][][][][][

pagi yang sedap dan selesa untuk tidur..tiba-tiba tidurku terganggu dengan sebuah alunan lagu yang amat merdu..aku terjaga dan membuka sedikit mata, "oh..orang mengaji..". Itu adalah suara orang mengaji di masjid yang berdekatan dengan rumahku. Lalu aku kembali melelapkan semula mata, dalam lelap otakku ligat memproses kata-kata yang aku cakap tadi..dan secara tiba-tiba, dengan mata yang terbeliak, aku berkata, "Hah!! dah lambat!!", terkejut adik aku kat sebelah, betapa kuatnya suara aku! hahaha.. tapi dia cuma bergerak-gerak sedikit dan kembali tidur. aku pun dengan pantasnya bangun dan kejut semua, kami sempat minum air je..lebih kurang 10 minit kemudian baru orang azan subuh.

cis..kalau tahu pak cik tu mengaji lambat lagi nak azan, kami dah mencekik dah..kebulur le..dah la semalam dah shopping (ke tandas) entah berapa ribu habis..boleh tak lapar? sabar je la..haha..apapun, salah satu puasa yang mencabar hari ni..


Tempat berbuka puasa :
-> KTMJ, Melaka. (rumah sendiri sudah..)

Bilangan orang :
-> 3 dewasa
-> 5 kanak-kanak

Menu Hari Kedua :
- Masak pindang ikan kembung
- Tempe goreng telur
- Rendang Ayam Nor (lauk semalam)
- Sayur campur (lauk semalam)
- Air sirap (aku buat!)
- Kurma (bukan yusuf taiyob, tapi made in jusco..haha!)

P/S: haa...kali ni barulah betul..sampai panaskan semula lauk semalam..jangan membazir..panaskan lauk yang ada, masak sikit-sikit je..makan pun ala kadar je..kan?




][][][][][][ PUASA 1 ][][][][][][

hari pertama puasa, pelbagai cara nak kejut budak-budak bangun sahur..tapi adik-adik aku senang je..kasi jerit sama dia..lintang-pukang bangun basuh muka..tapi malangnya tekak aku juga la yang sakit pepagi buta tu..

hari ini hari pertama puasa, biasalah..kalau puasa je kulit rasa kering dan rasa panas je memanjang..so bermacam-macam cara yang digunakan untuk menyejukkan badan dan sewaktu dengannya. Antaranya adalah:

1) masukkan kepala dalam peti sejuk tingkat atas (freeze)
2) mandi bawak air hujan (air pancut dalam bilik air)
3) lap badan, tangan, muka, kaki dan sewaktu dengannya dengan tuala yang dibasahkan
3) letakkan kain sejuk di atas kepala (kain basah yang telah diletakkan di dalam freeza selama beberapa jam sehingga keras)
5) bergolek atas lantai (lantai rumah kan sejuk? lega rasanya!)
6) berendam dalam kolam/tab mandi
7) basahkan badan dengan spray air dan duduk depan kipas (pasti lega!)
8) tidur je la kalau susah sangat nak menghadap dunia yang fana ni..jangan sampai makhruh sudah!
* ini je kot..ada apa-apa cadangan lagi?

so, nama pun hari pertama puasa, asyik tengok jam je..haha! sampaikan ada sorang tu, yang bernama Dr. Amira, ajak aku pergi minum, dia lapar katanya..siap tawarkan diri nak belanja pula tu! ish ish ish!!! taubatlah kamu Dr. Amira! 3:)

P/S untuk Dr. Amira: Tengku Ezza tak makan rasuah! tak tahu ke bulan pose ni? boleh pula nak ajak kuar makan..wakakaka! gurau je ok..jangan amik serius.. :D

puasa hari pertama, menu pun betul-betul membuka selera, tapi hati tak berapa nak selera..entah mengapa..cuma berminat dengan air je..air air air..ye la..aku kan penyu..sangat perlukan air untuk hidup..tak mkan pun tak apa..janji ada air! water is most important to me! :P

Tempat berbuka puasa:
-> Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka. (kampung mak)

Bilangan orang:
-> 8 dewasa
-> 4 kanak-kanak
-> seorang bayi

Menu Hari Pertama:
- Rendang Ayam Nor (speacial dari mak aku!)
- Ayam masak kicap (dari mak cik aku)
- Ayam percek (import dari bazar ramadhan)
- Sate ayam (import dari bazar ramadhan)
- Sayur campur (aku yang masak!)
- Sambal Daging (mak cik aku masak)
- Sambal Udang (mak cik aku masak)
- Asam Pedas Ikan Cencaru (wan/nenek aku masak)
- Murtabak (import dari bazar ramadhan)
- Air Sarsi
- Air Oren Sunkist
- Air Soya
- Air Suam

*sebelum balik, aku singgah rumah pak cik aku, jumpa Tuning (kucing) yang makin cumel!! akak sayang kau..nanti akak datang akak bawa seguni whiskas untuk sayang ok? muuuaahh!! :D





BANYAK SYOKKKK..!! 






Friday, 20 July 2012

][][][][][][ PUASA??? ][][][][][][

Apa itu 'Puasa'?

Dari Segi Bahasa          = Menahan diri
Dari Segi Istilah Syarak = Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat

Apa perkara yang dituntut dan dilarang ketika 'Berpuasa'?




Siapa yang mengumumkan bermula dan berakhirnya 'Puasa'?




Akhir kata dari saya kepada semua yang mengenali dan umat islam di seluruh dunia..


P/S: Janganlah memonteng atau membatalkan puasa tanpa sebab yang tertentu di bulan yang mulia ini..mari menuju ke tangga kejayaan! Siapa berpuasa penuh..dia pasti akan berjaya, berjaya mengejar pahala! :D



SEKIAN, TERIMA KASIH!

Tuesday, 17 July 2012

][][][][][][ 16 JULAI 2012 ][][][][][][

Hari ini, hari pertama kelas aku secara rasmi..
hamboooi! Selama ni tak rasmi ke? hahh?
pagi ni aku senyum je..
macam kerang busuk!
memang la..my birthday la katakan.. :P

paling best, kelas aku ada 6 orang je student..
dan paling terharu, aku sorang je perempuan..
hahaha..ramainya hero..!
dan dan dan..paling mengembangkan..
aku ketua kelas tu...omg! 
apapun aku terima dengan rela dan redha dengan ketentuanNya..
malah, paling syok..kelas hari ni kami semua blurr..!
dua orang budak baru kelas aku entah macam manala agaknya..

kelas habis awal, 12 lebih kami dah keluar, 
tapi kelas kawan-kawan aku masih belum habis..
so, aku dan jejaka-jejaka kacak pergila lepak kedai makan depan kolej..
borak-borak..gelak-gelak..gurau-gurau..
lepas tu dalam pukul 2 petang balik kolej semula..
lepak lab..faceboking, dan mencari maklumat tugasan..

beberapa minit kemudian, kawan-kawan aku dari kelas lain datang, 
kami terus pergi lepak dekat kedai depan kolej lagi..
aku duduk tempat biasa..tiba-tiba, 
"kak, duduk la sana.."
aik? apahal budak ni..aku nak duduk sini..biar la..haha
tanpa banyak soal, aku tukar tempat..
lepas tu, dua ekor dari kami hilang..
aku toleh, ah mungkin dorang pergi order makan kot..
lalu sambung berborak dengan kawan-kawan yang lain..

TIBA-TIBA!!!
GAMBAR HIASAN
hamik kau!! sebiji kek coklat depan biji mata aku!
wow!!! terharunya!! aku mimpi ke??
terima kasih la kawan-kawan sebab bersusah-payah plan buat macam ni, korang betul-betul buat aku terharulah! love u all! :* :D jangan jeles..

tibalah acara potong kek, nak pasang api kat lilin, tapi tak dapat sebab angin mengganggu..
cis! baru nak buat wish sambil tiup lilin! hahah..
apapun aku wish dalam hati je..
aku wish..semoga.......(biarlah rahsia).....!
lepas tu kami bergambar..sorry tak dapat masukkan...
private! :D ngeeee!!

then, aku potong kek..letakkan dalam piring yang kami pinjam dari mak cik kedai..haha!!
aku potong dengan penuh rasa terharu..ye la..sebab aku jarang sambut macam ni,..
jarang ke? entah la..aku rasa kali terakhir aku sambut birthday macam ni, masa aku kecik-kecik..
kalau ada pun, aku sorang-sorang je..doa sendiri-sendiri je..
tak pun bapak aku ajak makan luar ataupun macam tak ada apa-apa.. :P

masa tu mak cik aku yang beli kek tu..warna apa entah..tak ingat..tapi coklat kot!
aku sorang je makan kek tu..lepas tu lebih baru bagi orang lain..
tamaknya!! disebabkan dah lama tak sambut birthday la aku dah kurang suka makan kek..
tapi apa boleh buat..orang dah beli..makan je la..haha

satu je peristiwa yang aku tak boleh lupa sampai sekarang..
apa dia?? entah.. woi!! apa dia???!!
hahahahahahahahaha!!
ok ok ok !!
nak tahu sangatkan??
oklah aku buka juga..kang tak cakap mengajuk! heuheuheu!
*tangan aku menggigil masa potong kek dan edarkan ke dalam piring kawan-kawan aku..sampai bergigi-gigi kek tu..hahaha..serius..puas dah aku kawal, tetap menggigil..akhirnya selamat semua kawan aku dapat seorang sepotong kek tu..dan kami makan dengan gembiranya... :D

terima kasih kepada kawan-kawanku..Nap, Fera, Wandy, Tomok, Lam dan Kecik..
terharu sangat..nak nangis pun air mata tak nak keluar..hahaha
dan terima kasih juga kepada Dr. Mira Mohr kerana sudi update blog anda tentang birthday saya..! :D
dan, besok..aku tak sabar nak celebrate dengan kawan-kawan lain pulak!
wow! seriusly..ini adalah hari paling bahagia..
21 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni..
aku rasa inilah sambutan hari jadi yang best!!
walaupun simple..tapi cukuplah dengan keikhlasan korang selama kita berkawan..



THANKS AGAIN,.,.,. ADIOS!! :D

Saturday, 14 July 2012

][][][][][][ 4 = DEATH ][][][][][][

EMPAT
FOUR
Si (四)
adalah istilah yang sangat kejam,tragis, emosi, dan pelbagai lagi perasaan yang ada..
kerana..
Si (四) adalah mati dalam kepercayaan segelintir kaum cina
aku sendiri benci no 4 ni..
kerana..
tahun ini sahaja..
TAHUN INI SAHAJA..
aku telah kehilangan 4 ekor kucing!

benggg!!
bukan mati kena tembak..
tapi...sudah ajal..
apa boleh dilakukan lagi..?
tahun ini sahaja (2012)..
aku telah kehilangan kucing putih aku..putih/bakuteh namanya..
dia menghilangkan diri..
entah ke mana..
tanpa sebarang jejak..

bulan APRIL (4)..
aku telah kehilangan dua ekor kucing dalam bulan yang sama..
iaitu Bakutam dan Batuning..
Bakutam mati dilanggar motor orang gila bawa motor..
Batuning dilanggar secara tak sengaja oleh mak aku..

dan dan dan dan dan!!
hari ni..pagi ini pada jam 3.40 am..
kucing aku..
kucing terakhir yang aku ada kini..
yang sedang sarat mengandung..
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
bersama anak yang masih diperutnya..!
batina namanya..
batina ni memang seekor kucing yang ganas, nakal, lincah, dan tomboy kot..
kucing pun ada tomboy???
sebab dia nampak kucing jantan je, dia akan kejar dan gaduh..
tapi lama kelamaan, aku seperti tak percaya pabila suatu hari tu..
dia balik ke rumah dengan bulu yang serba tidak terurus!
oh tidakk..kucingku telah diperkosa! :P
setelah beberapa bulan menanti kelahiran baby barunya..
penantian hanya tinggal penantian..
kerana..batina sudah tiada lagi..
di dunia ini..
 

tamatla riwayat seekor kucing catwoman aku..
kucing putih bertompok hitam kekelabuan, dan mempunyai seakan-akan topeng di wajahnya..
gud bye sayang..love u..miss u..batuning..bakutam.. :"(




Monday, 9 July 2012

][][][][][][ NASIB LA KAU LABU! ][][][][][][

"labu...angkat kain dijemuran..hujan sudah turun..."
"baik pak!"

heuheuheu!! gediknya!
apakah kisah pada kali ini?

begini..pada suatu hari...bla bla bla..
:P

hari ni kelas pertama aku bagi On Side Guide..
kebiasaannya aku merempit..
tapi aku telah dihantar oleh makku..
saja je bermalas-malasan..
jadi balik pun mestilah makku jemput kan?

agak lama juga la nak tunggu my mom jemput kan..
so aku lepak la kat kedai dengan kawan-kawan sementara menunggu kak nor(mak aku)..

selepas itu, aku dan mak aku pergi ke satu destinasi ni..
nak pergi potostet sesuatu..
sedang aku leka menunggu kehadiran mak yang lambat..
aku call la Dr. Mira Mohr..
saja nak lepaskan rindu..
bla bla bla bla bla ..
lepas tu baru nak sambung baca novel yang aku pegang di tangan,
tiba-tiba...
tuk tuk tuk!! 
cermin kereta diketuk
"aish, kacau betul la, sapa ni..."
aku pun toleh,
"oh mak aih! tanjat kita tau.. :P"

Jurujual: "assalamualaikum kak..apa khabar kak..cantiknya akak.."

Aku : "eh, haha, ye la..terima kasih"


Jurujual:"comelnya pipi akak, senyuman akak...rasa macam nak cubit-cubit je pipi tu!", aik minah ni..nak puji-puji pula, cakap je la nak suruh aku beli barang kau..

Aku :"haha, ye ye..tak adalah..biasa je.. :P", kembang kejap..dalam hati, kacau la dia ni..aduhai..
Jurujual:" Hui, kusyuk betul akak membaca novel tu ye? sampai tak perasan saya di sebelah"

Aku :"Eh, tak la ='="
Jurujual:"kak, saya ada jual buku kak..hah..ini dia..tapi buku agama sikit la kak"

Aku :"eh, kau ingat aku ni tak tahu agama ke? adohai..", malangnya ayat ini hanya melantun dalam hati aku je..sebaliknya aku hanya menyambut huluran buku di tangannya..


buku ini daaaa.. :)


Aku     :"buku je ke? tak ada CDnya?"

Jurujual:"hah...ada ada ada kak..ini dia..", sambil menghulurkan kepada aku.. "buku ni kalau kat luar akak beli RM 24 kak..tapi ini kami bagi akak separuh harga..RM 12 je kak", seraya tersenyum ke arahku

Aku     :aku membelek-belek buku tu,"hurm bagus juga ni..nak beli la..tapi duit aku ada RM 11 je ni..acane?", ayat ini bergolek-golek di dalam hatiku sahaja.."tapi duit saya tak cukup la..", cis! tak malu ke cakap macam tu? hahaha, buat malu keturunan Tengku Joe je..muahahaha

Jurujual:"Oh. tak cukup ke? berapa yang akak ada?" masa tu pulak mak aku otw nak datang ke arah kereta..oh tidakkk

Aku     :"ni ha..", aku tunjukkan dia satu persatu setiap zip yang ada kat beg aku.."ada RM 11 je..", buku tu aku dah pegang..mak aku pula masuk kereta..cis!

Jurujual:"kak ni sapa kak, mak akak ke? sambil mengambil duit dari tangan aku yang hanya ada RM 11..

Aku     :"Eh, tak la..ni..emm driver saya", wah, dengan bangganya aku cakap macam tu..padahal dalam hati mampus takut mak aku belangkung aku..heuheuheu..

Jurujual:"driver? oh ka..hah kak..tengok ni kak..akak perempuan bawa teksi kan..beli la kak"

Mak    :"eh tak apalah, saya nak cepat ni..ada nak amik customer lain pula..", mak aku cuba berdalih..hai minah ni..aku dah beli dah la..nak suruh driver aku beli pula..cit podah!

Jurujual:"ok kak, terima kasih kak..", aku pun menaikkan kembali cermin dan kereta meluncur pergi meninggalkannya terkebil2 mencari mangsa seterusnya..

setelah kereta meluncur menjauhi minah tu, aku memulakan bicara,
Aku: mak, sorry la..orang cakap mak driver orang pulak
Mak: tak apa..ok je..
lepas tu kereta yang kami naiki bergetar dengan suara nyaring ketawa kami..muahahahah!!!! 

*perbualan seterusnya tak boleh disebarkan di sini. harap maaf.. :)

P/S: berkorbanlah apa sahaja demi ilmu, walaupun sehingga ke helaian wang yang terakhir!





SEKIAN, TERIMA KASIH!


Sunday, 8 July 2012

][][][][][][ AKULAH CINDERELLA ][][][][][]

what?
akulah cinderella?
siapa??
aku ke?
hahaha..bukan la..
tapi novel yang aku baru beli ni..
selamat membaca!




Sinopsis


Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yang tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya. ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

Takdir telah menentukan Syah dengan Shafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus di antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.

"Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?"
"Oi pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronokk tahu? Lembik!"
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimana reaksi Shafiq?
"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"
"Apa dia? Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? 'Aku Cinderella' ada jawapanya.


"bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara"

Monday, 2 July 2012

][][][][][][ SELFISH ][][][][][][

Cikgu: Selamat pagi murid-murid! (aik?)
Murid: Selamat pagi cikgu!
Cikgu: Hari ni cikgu nak ajar kamu tajuk baru ye.
Murid: Tajuk baru? Yeah! Hari ni kita belajar tajuk apa cikgu?
Cikgu: Hari ini cikgu akan perkenalkan apa itu SELFISH.
Murid: Selfish? Oh..yeah..yeah..jom..cepat cikgu cepat..tak sabar ni..
Cikgu: Ok, baiklah.. Selfish adalah..
Murid: Orang yang jual ikan kan cikgu?
Cikgu: Eh..bu..
Murid: Ala..saya tahu..macam ni kan?


Cikgu: Bukan..selfish adalah pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain..faham?
Murid: Oh, ye ke.. apa contoh-contoh orang yang selfish cikgu?
Cikgu: Contoh? Haa..sila tengok gambar ni.. gambar ini menerangkan betapa selfishnya khinzir tu..


Murid: Ohhhh..dia tamak ae cikgu?
Cikgu: Eh, bukan tamak..erm..tapi lebih kurang la..dia tak nak fikir masalah orang lain, dia suka fikir masalah dia je..walaupun masalah tu ada kena mengena dengan dia
Murid: Ohhh..jahatnya dia cikgu.. kenapa macam tu? Saya nak tanya soalan boleh?
Cikgu: Ye, silakan..cikgu sedia menjawabnya..
Murid: Soalannya adalah..


Cikgu: Hah? Errr.. Hmm.. Ahhhh.. Mmmm.. (!!!???)
Murid: Macam mana caranya cikgu?
Cikgu: Janganlah pentingkan diri sendiri disebabkan sesuatu perkara kerana kelak akan memakan diri kita sendiri..bahaya tu..
Murid: Ohhhh.. Macam tu.. Er..cikgu..apa kata kita tambah papan tanda dalam bilik darjah ni?
Cikgu: Papan tanda? Papan tanda apa?
Murid: Papan tanda inilah.. hehe


Cikgu: Hah??? ?? (*&^%$#@~)
Murid: Supaya dapat mengingatkan kawan-kawan saya yang lain supaya sentiasa datang kelas dan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah..walaupun ada masalah dan hal penting yang harus diselesaikan..kerana, sebagai murid, kita masih ada kena mengena dengan sekolah ini..betul tak cikgu?
Cikgu: ~!~!~!~!~ Hah..ye.. (Bijaknya anak murid aku ni..tak sia-sia aku hadir kelas walaupun hanya dia seorang je yang ada, yang lain entah ke mana..hei..muridku..muridku..)





Sunday, 1 July 2012

][][][][][][ MESYUARAT GERGASI ][][][][][][


semalam, pada jam lebih kurang 10.00 pagi, 
aku telah diculik oleh dua orang rakanku yang berkuasa besar.
what?? berkuasa besar? besar mana tu? jiahahahhaha!!
orangnya adalah Dato' Mira Mohr dan YB Tina Karm
siapakah mereka ini? tega-teganya mereka menculikku?
oh tidakk...mummy, daddy, help me please....!

mesyuarat yang dijangka bermula pada jam 9.30 pagi telah lewat lebih kurang setengah jam kerana Dato' Mira Mohr terpaksa mengemas rumahnya dahulu sebelum boleh keluar untuk menghadiri mesyuarat gergasi..
walaupun lewat setengah jam, Dato' Mira Mohr sempat mengambil rakan baiknya, YB Tina Karm untuk memulakan operasi menculik saya, Ezza Joe.. heuheuheu...

aku merasa sangat terharu dan tergugat iman kerana YB Tina Karm telah memberikan pesanan ringkas kepadaku yang berbunyi," kami dah nak sampai, jangan pergi mana-mana"
what? oh tidakk, jantungku makin berdegup kencang..sekencang angin di padang pasir..
sampaikan timbul satu perasaan halus ingin mega mall! jiakakakaka...
lepas itu, aku membalas pesanan ringkas YB Tina Karm yang berbunyi, 
"kejap ae, aku nak B_R_K jap, tunggu depan umah ae.."
kahkahkahkah!!

malangnya, selepas aku melepaskan hajat yang sangat besar, lebih besar dari mesyuarat gergasi ini, kereta Viva putih yang ingin menculikku masih belum muncul..aku pun menunggu dengan sabar..
ahah! itu dia.. muncul sudah kereta itu..yeeeha! penculik sudah sampai...!

penculik-penculik ini telah membawaku ke pantai..pantai?? hahahaha..ingatkan ke gudang mana entah..pantai je ke? hehehehehe.. ye la, pantai la..ingat nak buat apa kat pantai, mana nak jumpa penculik yang culik orang  letak kat pantai? hahaha..profesional betul penculik-penculik ni..heuheuheu..

sepanjang di pantai, aku telah membantu YB Tina Karm untuk membina sebuah blog yang khas untuk memaparkan hasil tangan beliau, kerana tidak lama lagi beliau akan menjadi seorang usahawan yang berjaya, membuka butik pakaian dan mengambil ibuku sebagai pengurusnya! jiakakakak!!
tahniah sahabatku..semoga kau berjaya dalam dunia fesyen kau..  :D

tinakarimcollections.blogspot.com
follow la blog ini, masih baru..masih perlukan masa..

janji hanya tinggal janji, Dato' Mira Mohr dan YB Tina Karm sekali lagi memungkiri janji mereka untuk memulangkanku kepada familyku selepas siap sasaran utama yang berlangsung di dalam meeting gergasi itu tadi..aku terus dibawa ke salah sebuah kedai kasut, nak buat apa di situ?
tujuan utama kami ke situ adalah kerana YB Tina Karm ingin membeli sepasang kasut untuk beliau bertanding di PRU 13 nanti.. undilah sahabat saya, YB Tina Karm..! <3

akhirnya, aku dihantar pulang kepangkuan familyku setelah lewat sejam setengah dari perjanjian yang telah ditandatangani, hal ini adalah disebabkan kerana aku ingin balik ke kampung iaitu di keyy elll..(Kuala Linggi) untuk bejumpa dengan sanak-saudara..ececece..malangnya!! tak jadi pulak disebabkan beberapa masalah tertentu yang tak dapat aku nak cerita di sini..sabau je la...haish!

PESANAN: kepada Dato' dan YB yang telah menculikku, terima kasih..i'm so happy..hahaha!!



SEKIAN, TERIMA KASIH!

Friday, 29 June 2012

][][][][][][ THE END ][][][][][][


yes!
akhirnya..
Program Wajib Kolej (PWK) 
dah habisssss... :D

kelas yang berjalan selama dua bulan berturut-turut ini bermula lebih kurang dua minggu selepas aku balik dari mengambil exam blue badge di Kuala Lumpur.. ini cukup membuatkan aku kepenatan kerana minggu depan aku dah sambung sem baru, iaitu sem terakhir di kolejku..oh tidak...tak ada cutikah? apapun ok la tu..cuti la juga dalam beberapa hari ni..so...3 julai ni aku lapor diri di kolej dan 4 julai sudah mulakan kelas baru..hahaahahaa

kepada kakak-kakak seniorku..Kak Nadia dan Kak Anie..tahniah, anda dah habis study kat kolej ni..semoga anda berdua berjaya mencapai cita-cita..terima kasih selama ini dan saya takkan lupakan jasa baik korang..tanpa korang siapalah saya..! :D



SEKIAN, TERIMA KASIH!